Monday, November 16, 2009

Halal Haram...

Bismillah... Alhamdulillah...

Perbicaraan mengenai tuntutan Islam dalam melahirkan kader-kader cemerlang Jasmani, Rohani, Emosi dan Akal sememangnya telah kita ketahui.. Namun progress dalam menuju maqasid tersebut mestilah tsabat, atau senantiasa tetap... Jika progress atau proses dalam membentuk kader tersebut mengalami kecacatan atau terganggu, maka kader tersebut mungkin mengalami rencatan atau gangguan samada zhahiriah mahupun batiniyyah..


Terkadang, kita merasakan bahawa seseorang itu berpotensi, mempunyai kebolehan dan berminat untuk berubah ke arah kebaikan... Namun ianya mungkin terhalang atau hilang keberkatan dan rahmat kerana harta yang dibelanjakannya, dari manakah sumbernya? Jika daripada Ibu mahupun Ayah, apakah halal pekerjaan mereka? Dari manakah sumber itu datang? Apakah ianya datang dari pusat-pusat perjudian ataupun dari bank-bank bank yang mengamalkan dan menggunakan riba? Dan ke manakah ia membelanjakan wang tersebut?

Jadi, tidaklah menjadi suatu kehairanan atau kepelikan jika anak seorang da'i, Syeikh tidak berubah atau mendapat hidayah kerana hidayah milik Allah.. Firman Allah, mafhumnya,

"Bukanlah kewajipanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang Ia kehendaki." QS 2:272

Begitulah juga mustahil seorang ayah atau ibu yang berkerja sebagai doktor mampu menghalang anaknya daripada sakit..

Sesetengah daripada mereka, mungkin membelanjakan harta daripada sumber yang halal... Tetapi mungkin harta yang mereka warisi dan menjadi darah daging mereka yang berasal daripada nenek moyang mereka bukan dari sumber yang halal.

Oleh itu, marilah kita bermuhasabah, berusaha dan bertawakkal sepenuh hati dan berdo'a agar dijauhkan daripada mendapat harta daripada sumber yang syubhah bahkan yang haram. Wali'yazu billah..

Wallahu a'lam..

0 comments: