Friday, February 5, 2010

AQ4 dan Realiti..

Dapat ke peringkat seterusnya.. sbb 90% ke atas....alhamdulillah..
tgh amik tiket ke tempat seterusnya...
No bertuah..B007... JamesBond..
pi 3 org ja...
sebelum mula...
baru2 sampai..
Alhamdulillah.. hari nie aku dh p audition AQ4 kat Insaniah... Sebelum nk p tu ketaq besa ja... mula2 kalot... Anah lambat... x leh p.. wawawa...sian.. aku p ngan mama baba ja...
sampai2..daftar dlu.. pastu dpt peserta ke-7 utk baca.. kira ok la... tunggu lama skit.. kna giliran aku... aku naik ketaq jgak la... tp bila naik atas pentas, alhamdulillah.. hilang rasa gugup.. yg peliknya aku nk tergelak...hmm... pasaipa ntah?
baca2 tuh.. kna komen lebih kurang camni la dialog dia....
Juri Fasohah: Thufail... Persembahan yg mantap.. tp dari sudut fasohah, rasa2 la kan... ada salah x?
aku: insyaallah x dak..(pastu org2 kt bwh t'gelak..)
Juri Fasohah: kesalahan yg pertama ialah kenapa adik berhenti dkat "maa wallallahum"?
itu kira kesalahanlah.. pastu waqaf dkat perkataan "wasatha".. tu jgak dikira salah... tp 'ala kulli haal, bacaan yg mantap.. tima kasih..
Juri Tarannum: thufail... Bacaan yg menarik.. susunan lagu bayyati agak baik.. cuma pada harakat ke2 lagu nahwan, t'dapat sikit kesumbangan... tp keistimewaan anda ialah pada akhir lagu nahwan iaitu ada wuslah dgn lagu rast sedikit(gabungan dua lagu)... dan bacaan anda ada gaya2 ke'araban... mcm syaikh habib Ahmad Na'ina'... 'ala kulli haal, bacaan yg menarik tima kasih..
Juri Tajwid: Thufail... Bacaan yg mengasyikkan... sejuk perut mak anda..tp apapun dr segi tajwidnya, t'dapat satu saja tempat yg perlu dibaiki iaitu pada perkataan "mimman yanqalibu".. ghunnahnya byk.. tp ghunnah anda tidak seimbang harakatnya.. 'ala kulli haal, tahniah, tima kaseh...
Alhamdulillah.. aku dpt markah 90% ke atas.. tp x pasti lg layak ke peringkat seterusnya.. Apa2 pon doa2 la kat aku...
*Baba x dan nk rekod juri kata apa... *

Saturday, November 28, 2009

Lumrah Kehidupan


"Andai para raja itu tahu kebahagiaan yang kami miliki , pastilah mereka rebut kebahagiaan kami itu dengan pedang-pedang mereka."

Saudaraku,

Kehidupan, tak ubahnya seperti sebuah perjalanan. Ianya perlu bekalan, terminal -tempat beristirehat- dan mempunyai hala tuju. Ilustrasi seperti ini pernah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W kepada para sahabat baginda. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pernah menggambarkan hidup dunia,

"كالراكب استذل بشجرة ثم راح و تركها" ( seperti seorang musafir yang bernaung di bawah rendangnya pohon, ia beristirehat tapi setelah itu ia meninggalkan pohon tersebut. )

Dan kerana itu jugalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memberi kepada kita panduan agar hidup ini disingkapi sebagai sesuatu yang sementara. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam,

" كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر السبيل " Yang bermaksud, " Hiduplah engkau di dunia seperti orang asing atau orang yang dalam perjalanan.

Orang asing selalunya berhati-hati kerana ia belum memahami selok- belok sesebuah wilayah yang ia diami. Ia sentiasa berhati-hati semasa dalam perjalanan dan berwaspada terhadap berbagai-bagai kemungkinan buruk. Manakala orang yang dalam perjalanan akan memikirkan bagaimana untuk mencapai tujuan dan bekalan apakah yang yang harus ia sertakan. Dan yang pastinya, akan tiba suatu masa bahawa ia harus mengakhiri perjalanan itu.

Saudaraku,

Dalam perjalanan ini, peluang dan kesempatan kita tak pernah berubah-sama sahaja-. Allah S.W.T telah memberikan kepada kita petunjuk dan panduan melalui Al-Qur'an dan sunnah Rasul-Nya. Allah S.W.T juga telah menganugerahkan kepada kita kemampuan untuk berfikir dan memberikan kepada kita sejumlah kewajiban. Itulah bukti rahmat Allah S.W.T. kepada makhluk-Nya. Setelah itu, kita semuanya diberi pahala atas kebaikan yang dilakukan dan hukuman dari segala keburukan.

Kenyataan ini menjadikan kita selalu berada dalam ujian Allah S.W.T. Mungkin kita diuji dengan kesenangan, harta yang cukup, bahkan melimpah ruah, misalnya. Apakah kita mampu mengiringinya dengan syukur kepada-Nya? Mungkin kita diuji melalui ragam kesulitan. Misalnya, kesulitan ekonomi dan masalah kepincangan dalam keluarga. Tapi, apakah kita mampu bersabar dengannya?

Jangan kamu katakan bahawa ujian kesenangan itu lebih baik daripada ujian kesulitan. Kerana para sahabat dahulu jauh sekali daripada hidup senang, kerana khuatir fitnah kesenangan lebih menggoda dan mendorong mereka untuk alpa dan lalai terhadap kewajiban. Para sahabat bahkan tidak ingin lepas dari ujian hidup. Seperti ungkapan do'a Abdullah bin Mas'ud,

" Janganlah kalian berdo'a dengan mengatakan : "Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari pelbagai ujian hidup." Kerana tak akan ada seorang pun yang akan terlepas dari ujian. Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud
" Sesungguhnya harta dan anak kalian adalah fitnah (ujian)," maka , mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T daripada kesesatan dan bahaya fitnah."

Saudaraku,

Ajal dan maut sememangnya di tangan Allah 'azza wa jalla',

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati"..

Tetapi, yang pastinya, masa yang Allah khususkan dan peruntukkan buat seseorang hamba itu pastinya cukup walaupun kadar atau jumlahnya berbeza-beza. Ada yang mati pada umur 70 tahun tetapi ada juga yang mati pada umur 15 tahun.
Mengapa kadarnya berbeza ya?

Persoalannya di sini bukan kadar masanya. Tetapi soal kualiti masa yang ia gunakan sewaktu berada di muka bumi. Misalnya, seorang penjahit diberikan masa untuk menyiapkan satu tempahan dalam masa seminggu.. Seorang lagi penjahit diberikan masa selama sehari semalam sahaja untuk menyiapkan satu tempahan..

Bisa saja kedua-dua penjahit menyiapkan satu tempahan itu.. Namun bezanya adalah kualiti tempahan yang telah mereka siapkan. Boleh jadi Penjahit yang pertama dapat menyiapkannya tetapi banyak menghabiskan masa seminggu dengan aktiviti-aktiviti yang lain dan tidak fokus pada tempahan tersebut.. Mungkin juga penjahit kedua bisa menyiapkan tempahan itu dengan berkualiti sekali kerana menggunakan masa sehari suntuk untuk menyiapkan tempahan itu..

Firman Allah yang bermasud,

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal shalih dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran."

Mengapa Allah tidak menyebutkan "Melainkan orang-orang yang Aku anugerahkannya masa yang lama untuk beramal shalih"?
Asasnya ialah kualiti.. Yang mana lebih elok amalannya antara orang yang banyak amalannya tetapi tidak berkualiti berbanding dengan orang yang amalannya biasa-biasa saja tetapi cukup berkualiti?

Maka, mula dan ciptakanlah langkah anda dari sekarang. Mulakanlah dengan bicara, usaha yang gigih dan kuat berserta tawakkal kepada-Nya. Janganlah saat malikul maut menjemput kita menghadap-Nya, kita kalut beramal shalih kerana ada lima golongan yang bakal menyesal.. Siapakah Mereka?

- Orang yang hilang kesempatan beramal.
- Orang yang terputus dari saudaranya saat ia ditimpa musibah
- Orang yang berhasil menangkap musuh tapi lepas kembali kerana penjagaannya yang lemah.
- Orang yang meninggalkan isteri shalihah jika diuji dengan wanita yang buruk.
- Orang yang terus bermaksiat sehingga ajal menjemputnya.

-Ibnul Muqaffa'-

Wallahu a'lam..

Thursday, November 26, 2009

'Eid El-Adha...

'Eidul adha... Kedatanganmu Disambut dengan laungan takbir dan tahmid.
Asalnya dari peristiwa yang menyayat hati..
Ganti buat pengorbanan tersebut..
Lembu dan kambing menunggu giliran masing2..
Melihat rakan2 memancarkan darah ke muka bumi...
Semoga Aidul adha kali ini memberi 'ibrah buat kita semua..


-'Eid mubarak-

Monday, November 16, 2009

Halal Haram...

Bismillah... Alhamdulillah...

Perbicaraan mengenai tuntutan Islam dalam melahirkan kader-kader cemerlang Jasmani, Rohani, Emosi dan Akal sememangnya telah kita ketahui.. Namun progress dalam menuju maqasid tersebut mestilah tsabat, atau senantiasa tetap... Jika progress atau proses dalam membentuk kader tersebut mengalami kecacatan atau terganggu, maka kader tersebut mungkin mengalami rencatan atau gangguan samada zhahiriah mahupun batiniyyah..


Terkadang, kita merasakan bahawa seseorang itu berpotensi, mempunyai kebolehan dan berminat untuk berubah ke arah kebaikan... Namun ianya mungkin terhalang atau hilang keberkatan dan rahmat kerana harta yang dibelanjakannya, dari manakah sumbernya? Jika daripada Ibu mahupun Ayah, apakah halal pekerjaan mereka? Dari manakah sumber itu datang? Apakah ianya datang dari pusat-pusat perjudian ataupun dari bank-bank bank yang mengamalkan dan menggunakan riba? Dan ke manakah ia membelanjakan wang tersebut?

Jadi, tidaklah menjadi suatu kehairanan atau kepelikan jika anak seorang da'i, Syeikh tidak berubah atau mendapat hidayah kerana hidayah milik Allah.. Firman Allah, mafhumnya,

"Bukanlah kewajipanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang Ia kehendaki." QS 2:272

Begitulah juga mustahil seorang ayah atau ibu yang berkerja sebagai doktor mampu menghalang anaknya daripada sakit..

Sesetengah daripada mereka, mungkin membelanjakan harta daripada sumber yang halal... Tetapi mungkin harta yang mereka warisi dan menjadi darah daging mereka yang berasal daripada nenek moyang mereka bukan dari sumber yang halal.

Oleh itu, marilah kita bermuhasabah, berusaha dan bertawakkal sepenuh hati dan berdo'a agar dijauhkan daripada mendapat harta daripada sumber yang syubhah bahkan yang haram. Wali'yazu billah..

Wallahu a'lam..